Jana pendapatan hanya melalui Email..jangan ketinggalan

Sunday, October 30, 2011

Android Phone ada Jailbreak

Assalam...
Saya ni pengguna Iphone..memang satu bebanan nak beli software..mahal..yang say beli cuma Al-Quran Digital.
Tetapi kawan-kawan..ada satu kesamaan dalam skip payment atau menjadikan aplikasi berbayar percuma dengan android market.Bagi pengguna-pengguna handphone android

, ini satu peluang besar...jika kita dikalangan orang yang pendapatan ngam-ngam jer
.Game HD mahal sesangat..ada juga yang mamapu beli takpe..tapi dalam video ni

http://www.youtube.com/watch?v=f8u5slHSSfU

memang boleh beli aplikasi percuma..tak kena tangkap lah dengan Androit... entah-entah orang android juga yang merancangnya agar handphone android dapat atasi jualan iphone Apple. Ia berkonsepkan ambil fail dari 4shered.com...kat sana orang yang dah beli software ni share dengan orang lain..faedahnye..entah..mungkin anda leka main game kot..atau beli Al-quran digital secara haram (cuba elakkan)...Tapi cubalah..dapat jimat sikit..kalu nak beli gamelah...
wasallam....

Saturday, October 22, 2011

Assalamualaikum.. hari ni nak share maklumat pasal Iphone 4s..
tak tahulah atas kebenarannya..sebab ramai kawan tak berani beli jika iphone 5 nak keluar..dah tentu ia lebih canggih. namun present bahawa iphone 4s telah ditambah suatu item atau program baru bernama"SIRI" senang kata kita ni macam cerita Knight Rider atau Cerita Power Ranger dan seumpamanya dimana kita boleh arahkan iphone kita beroperasi ikut kemampuan sistem operasinye dengan suara kita. Contoh..."iphone please list ma shedule next monday" lepastu iphone balas "next monday you got meeting at Miri at time 1 oclock". Jadi nak suru dia call isteri kita ke...nak suruh dia balas sms ke...kacang jer baginya. Saya sendiri teruja jika ia benar..namun takkan dia nak tipu pulak dalam presentationnye..kena saman pulak apple nanti. naik iphone 5 nanti sure 4s jatuh..so sama-sama lah kita nikmati teknologi baru ini agar kita bukan katak cyber bawah kuali yang asyik kena tipu orang jer...
Sekian sharing saya..semoga hidup kita dirahmati dan direhai Allah
Wassalam..


Tuesday, October 11, 2011

Teknologi Biometrik

Teknologi Biometrik merupakan sesuatu yang masih asing bagi kita di Malaysia. Ape sebenarnya teknologi ini, senang sahaja iaitu kod biologi kita. Contohnya jika nak membuka PC atau laptop, menggunakan cap jari.. maka kodnya alur cop jari kita.
setakat ni kawan-kawan yang menggunakannya semuanya merungut..scan jari tersebut mudah rosak..kadang-kadang jem...adakah salah kita sendiri atau tak dapat jaga kebersihan scan dan penyelenggaraannya...
Ada juga yang menggunakan scan mata, terutama bagi membuka pintu bilik yang menyimpan rahsia sulit...
Jadi apa-apa pun kaedahnya sama badan, suara dan perangaipun nak jadikan kod rahsia dalam biometrik..ape yang penting kenapa kita perlu lindungi data atau barang-barang dalam bilik atau pc kita..peribadi?kita yang hasilkan...rahsia? kerana itu kelemahan yang tak mahu musuh dapat...
kan elok musuh tau kelebihan kita...kan elok musuh tau kita hebat tapi barang-barang kita tak berharga manapun...kan elok musuh tau kita tetap pendirian..walau macamanapun data dia bagi kita pula untuk menggugat kita...
Terpulang bagi kita menggunakannya..kerana sistem ini mahal..dan kadang-kadang kita takut lain pada Allah menyebabkan kita cari sesuatu yang sebenarnya lemah tapi hebat dimata manusia...

Sunday, October 9, 2011

PC Tablet dan Kehidupan Harian

Assalamualaikum,

Hari ini penggunaan PC tablet yang awal-awal tahun 2004 yang lepas mahal sampai kita rasa berat nak beli dah menjadi 90% keperluan. Kita selalu kata, ada PC hanya pakai cukup buat taip email, surat dan print oklah. Namun dalam keperluan harian yang semakin mencabar, manusia perlukan lebih..dan kadang-kadang mejangkaui masa depan.



Atas ilham yang Allah turunkan kepada manusia, maka terciptalah PC touch screen yang banyak memenuhi keperlua harian. Saya sendiri menggunakan menggunakan I-pad Apple, yang boleh buat jadual harian, taip surat, email, print, games, baca Al-Quran, simpan PDF, edit video dan boleh jadi alat tukang tu seperti timbang air..jangka sudut..kira ketinggian...kuasa Allah.

Sebenarnya banyak lagi tablet yang canggih, seperti baru keluar sekarang ni Samsung Galaxy Tab 2.

 Ia dah sama saiz dengan I-pad yang dulunya saiz separuh I-pad. Ia menggunakan OS (kira macam windows) androit berbanding dengan I-pad menggunakan OS machintosh (MAC). Maka terpulanglah pada anda nak pilih yang bersesuaian dengan diri dan juga paling penting budget. Apa yang nak saya tekankan disini, kemajuan dunia ini perlu diikuti dan ia perlu juga menjadi tujuan kearah menghampiri yang maha pencipta..Allah Taala..wasallam..

Perkongsian ilmu pertama di alam cyber

Asslamualaikum, salam perkenalan dan semoga perkongsian ilmu memajukan tamadun insan di dunia dan akhirat