Jana pendapatan hanya melalui Email..jangan ketinggalan

Saturday, July 5, 2014

Smart Phone Sepintar Anda Atau Lebih Lagi: Spesifikasi Asas Smart Phone

Smart Phone Sepintar Anda Atau Lebih Lagi

Terdapat 10 spesifikasi telefon pintar yang perlu kita lihat sebelum memilih sebuah telefon yang menyokong keperluan arus teknologi masa kini.

1. OS iaitu sistem operasi sama ada Android, IOS, Windows dan lain-lain lagi. Namun 3 OS yang dinyatakan tadi merupakan OS yang dalam ranking popular masa kini.
2. CPU, macam PC juga Handphone sekarang di mana ia mempengaruhi kelajuan operasi aplikasi terkini di mana-mana platform OS handphone anda. Nasihat saya lebih baik CPU yang sama atau lebih daripada Dual core.
3. GPU, juga macam PC kad grafik yang menyokong juga keperluan editing gambar mahupun video. Ia amat perlu kerana kita pun tahu instagram, youtube, FB dan whatsapp memerlukan input anda darisegi gambar dan video. So handphone anda perlu ada GPU ini bagi keperluan berkenaan.
4. RAM, nak tanya penjual Handphone macam kita ni mahir tapi kena yakinkan anda mahir. RAM amat perlu kerana ia merupakan ingatan sementara semasa melayari internet. Lagi besar maka lagi lancar perlayaran internet andakan? so belajar-belajar tanya item ini yang sebaik-baiknya 1 gigabait (GB).
5. Resolusi Paparan, item ni perlu bagi yang kita nak tengok gambar yang kualiti tinggi yang diambil dan dapat dipaparkan pada skrin handphone anda. jangan pulak anda ambil gambar cantik, paparkan pula pada scrin gelap sahaja dan anda rasa anda tak ambil gambar yang elok. Contoh screeen retina atau Super Amoled.
6. Memori Dalaman, ini merupakan item yang amat penting dimana jika anda pengguna OS Android perlu banyak memori dalaman kerana aplikasi handphone anda perlu disimpan dalam memori ini bagi mengaktifkan aplikasi tersebut. Jika memori ini hampir penuh dengan aplikasi dan ia juga mengisi OS anda maka kecekapan handphone anda boleh perlahan. Cuba cari handphone yang berkapasiti Memori Dalaman atau Storan Dalaman yang berkapasiti 1 GB ke atas.
7. Storan Tambahan amat diperlukan bagi Handphone tertentu, bagi pengguna Handphone jenis Apple maka storan tambahan perlu menggunakan peranti tambahan yang bukan dikeluarkan oleh Apple. Bagi handphone android atau yang lain maka stroran tambahan seperti SD Kad perlu ditambah kedalam slot yang disediakan. Storan tambahan ini adalah bagi simpanan gambar dan juga video dari aplikasi yang digunakan dan adalah amalan terbaik menyimpan fail-fail berkenaan dalam stroran berkenaan. Penyimpanan fail gambar dan video dalam memori dalaman boleh menurunkan prestasi handphone anda.
8. Bateri yang berkapasiti tinggi bagi memastikan keseronokan anda menggunakan smart phone anda tidak terganggu. Ukuran kapasiti bateri adalah miliamp (mAh). Lebih tinggi nilai mAh handphone anda lebih lama handphone beroperasi

No comments:

Post a Comment